Untuk ibu bapa murid sekolah rendah & menengah

Hal sekolah anak, tak lagi berselerak.

Jadual kelas, ujian, asrama, sijil, bayaran dan pesanan guru untuk setiap anak, dalam satu log yang dikongsi dengan pasangan.

Promosi perintis: RM40 untuk 2 tahun · 50 keluarga pertama

Telefon & komputer, data sama Seisi keluarga, satu langganan Tiada app perlu dimuat turun

Halaman Utama LogAnak di komputer: perlu perhatian, kelas hari ini dan 7 hari akan datang untuk tiga anak
Halaman Utama LogAnak di telefon: bayaran tertunggak, balik bermalam dan kelas hari ini
Paparan sebenar app LogAnak, dengan data contoh.
Masalahnya

Maklumat sekolah datang dari empat arah.

Jadual ujian tenggelam dalam grup WhatsApp. Kertas edaran hilang dalam beg. Gambar jadual kelas bercampur dengan 3,000 gambar lain. Bila anak dua tiga orang, lagi kusut.

Grup WhatsApp kelasMesej penting hanyut antara ucapan selamat pagi.
Kertas edaranYuran, lawatan, borang — sampai renyuk atau tak sampai langsung.
Galeri telefonGambar jadual & sijil, susah dicari bila diperlukan.
Ingatan sendiri"Minggu ni Danial balik ke tidak?"

LogAnak kumpulkan semuanya ke satu log setiap anak

Apa yang disimpan

Enam perkara yang ibu bapa selalu cari.

Jadual kelas

Ambil gambar jadual dari sekolah, isi sekali harung. Masa slot bersambung sendiri, termasuk rehat dan perhimpunan.

Ujian & peperiksaan

38hari lagi ke PKSK

Kiraan hari untuk ujian besar, keputusan ikut subjek dan sejarah markah.

Balik bermalam asrama

Tarikh keluar dan kembali, pengangkutan, serta senarai barang yang boleh ditanda. Cuba tanda di bawah.

Kembali Ahad, 6:00 ptg2 / 4 siap

Sijil & PAJSK

Galeri sijil ikut peringkat dan pencapaian. Ambil gambar sijil terus dengan kamera. Cetak senarai PAJSK satu halaman A4 bila sekolah minta.

  • Pertandingan PidatoDaerah · Johan
  • Kejohanan OlahragaSekolah · Naib johan

Bayaran

Yuran PIBG, lawatan, buku kerja — tahu mana yang belum dan yang tertunggak.

Lawatan Zoo Negara
RM35.00

Catatan Anak

Pesanan guru, hal kesihatan, disiplin dan pencapaian — dengan tarikh, supaya senang dirujuk semasa hari bertemu guru.

"Aisyah semakin yakin membentang di depan kelas. Galakkan dia masuk pertandingan bercerita."
Mesej Guru · 14/10/2026
Kalendar LogAnak bulan Oktober dengan titik berwarna bagi rekod setiap anak
Kalendar: setiap anak ada warna sendiri.
Cara guna

Dari kertas edaran ke kalendar, dalam dua minit.

  1. Log masuk & tambah anak

    Log masuk dengan emel yang didaftarkan, kemudian isi nama, tahap persekolahan dan warna setiap anak. Subjek KSSR/KSSM dicadangkan ikut tahun.

  2. Ambil gambar jadual

    Gambar kekal di atas skrin sambil anda isi baris demi baris. Tarikh dan masa bersambung sendiri.

  3. Semua masuk satu paparan

    Utama, kalendar dan timeline membaca rekod yang sama — tiada salinan berganda.

Privasi

Maklumat anak anda hanya untuk keluarga anda.

Setiap keluarga mempunyai ruang data sendiri yang diasingkan di peringkat pangkalan data. Hanya ahli keluarga yang anda jemput boleh melihatnya. Panel pentadbir LogAnak hanya memaparkan maklumat langganan, bukan rekod anak anda.

Diasingkan untuk setiap keluargaAkses dikawal di pangkalan data, bukan sekadar disorok di skrin.

Anda tentukan siapa boleh masukJemput pasangan dan anak, dan batalkan akses bila-bila masa.

Data anda milik andaEksport semua rekod dan lampiran ke satu fail, walaupun selepas langganan tamat.

Tiada data sensitif dimintaApp tidak bertanya agama, IC atau alamat anak.

Harga

Satu langganan untuk seisi keluarga.

Promosi perintis
RM40/ 2 tahun

Untuk 50 keluarga pertama atau sehingga 31 Disember 2026, yang mana lebih awal. Kurang RM2 sebulan.

Harga biasa selepas promosi: RM40 setahun.

  • Langganan 2 tahun penuh dari tarikh didaftarkan
  • Semua modul: jadual, ujian, asrama, sijil & PAJSK, bayaran dan catatan
  • Data sama di telefon dan komputer
  • Jemput pasangan dan anak tanpa caj tambahan
  • Eksport data bila-bila masa

Cara melanggan

  1. Imbas QR dan bayar RM40Guna app bank atau e-dompet yang menyokong DuitNow QR. Tulis emel anda di ruang rujukan.
  2. Isi emel dan lampirkan resitEmel ini akan digunakan untuk log masuk.
  3. Log masukKami sahkan bayaran dan daftarkan emel anda. Log masuk di app.loganak.com dengan kod yang dihantar ke emel.
Langgan sekarang

Ada soalan? Emel loganak.app@gmail.com

Soalan lazim

Yang selalu ditanya.

Boleh guna untuk lebih dari seorang anak?

Boleh. Setiap anak ada warna sendiri, jadi dalam kalendar dan timeline anda boleh nampak serta-merta rekod siapa.

Apa jadi kalau telefon hilang atau rosak?

Data disimpan dalam akaun keluarga anda, bukan dalam telefon. Log masuk di telefon baharu dan semua rekod serta gambar ada semula.

Boleh kongsi dengan pasangan?

Boleh. Jemput pasangan dan anak dari Tetapan, tanpa caj tambahan. Pasangan boleh menambah dan mengemas kini rekod; anak hanya boleh melihat rekod dirinya, tanpa bayaran dan catatan.

Perlu muat turun dari Play Store?

Tidak. LogAnak dibuka dalam pelayar dan boleh ditambah ke skrin utama seperti app biasa.

Bagaimana cara melanggan?

Tekan "Langgan LogAnak", imbas kod QR DuitNow untuk membayar RM40, kemudian isi emel anda dan lampirkan resit. Kami sahkan bayaran dan daftarkan emel anda. Ada soalan? Emel loganak.app@gmail.com. Selepas itu log masuk dengan kod yang dihantar ke emel.

Adakah data saya dibackup?

Ya. Semua rekod dan gambar disalin ke storan berasingan setiap minggu. Anda juga boleh mengeksport data keluarga anda sendiri bila-bila masa.

Apa jadi bila langganan tamat?

Data anda tidak dipadam. Anda masih boleh melihat dan mengeksport semua rekod; tambah dan edit dibuka semula selepas langganan diperbaharui.

Sedia untuk mula?

Satu log. Semua anak. Tiada lagi "eh, bila ujian tu?"

Satu langganan untuk seisi keluarga. Mula dengan anak pertama dan jadual minggu ini; selebihnya boleh diisi sedikit demi sedikit.

Promosi perintis RM40 untuk 2 tahun · lihat harga

Langgan LogAnak

1Imbas dan bayar
RM40/ 2 tahun

Imbas dengan app bank atau e-dompet yang menyokong DuitNow QR, kemudian masukkan jumlah RM40.

Di ruang rujukan / reference, tulis alamat emel anda supaya bayaran mudah dipadankan. Jika ruang itu terhad, tulis bahagian sebelum @.

2Hantar resit
Akaun LogAnak anda akan didaftarkan dengan emel ini.
Tangkapan skrin atau PDF dari app bank, maksimum 5 MB.