Jadual kelas
Ambil gambar jadual dari sekolah, isi sekali harung. Masa slot bersambung sendiri, termasuk rehat dan perhimpunan.
Jadual kelas, ujian, asrama, sijil, bayaran dan pesanan guru untuk setiap anak, dalam satu log yang dikongsi dengan pasangan.
Promosi perintis: RM40 untuk 2 tahun · 50 keluarga pertama
Telefon & komputer, data sama Seisi keluarga, satu langganan Tiada app perlu dimuat turun


Jadual ujian tenggelam dalam grup WhatsApp. Kertas edaran hilang dalam beg. Gambar jadual kelas bercampur dengan 3,000 gambar lain. Bila anak dua tiga orang, lagi kusut.
LogAnak kumpulkan semuanya ke satu log setiap anak
Ambil gambar jadual dari sekolah, isi sekali harung. Masa slot bersambung sendiri, termasuk rehat dan perhimpunan.
Kiraan hari untuk ujian besar, keputusan ikut subjek dan sejarah markah.
Tarikh keluar dan kembali, pengangkutan, serta senarai barang yang boleh ditanda. Cuba tanda di bawah.
Galeri sijil ikut peringkat dan pencapaian. Ambil gambar sijil terus dengan kamera. Cetak senarai PAJSK satu halaman A4 bila sekolah minta.
Yuran PIBG, lawatan, buku kerja — tahu mana yang belum dan yang tertunggak.
Pesanan guru, hal kesihatan, disiplin dan pencapaian — dengan tarikh, supaya senang dirujuk semasa hari bertemu guru.
"Aisyah semakin yakin membentang di depan kelas. Galakkan dia masuk pertandingan bercerita."
Mesej Guru · 14/10/2026

Log masuk dengan emel yang didaftarkan, kemudian isi nama, tahap persekolahan dan warna setiap anak. Subjek KSSR/KSSM dicadangkan ikut tahun.
Gambar kekal di atas skrin sambil anda isi baris demi baris. Tarikh dan masa bersambung sendiri.
Utama, kalendar dan timeline membaca rekod yang sama — tiada salinan berganda.
Setiap keluarga mempunyai ruang data sendiri yang diasingkan di peringkat pangkalan data. Hanya ahli keluarga yang anda jemput boleh melihatnya. Panel pentadbir LogAnak hanya memaparkan maklumat langganan, bukan rekod anak anda.
Diasingkan untuk setiap keluargaAkses dikawal di pangkalan data, bukan sekadar disorok di skrin.
Anda tentukan siapa boleh masukJemput pasangan dan anak, dan batalkan akses bila-bila masa.
Data anda milik andaEksport semua rekod dan lampiran ke satu fail, walaupun selepas langganan tamat.
Tiada data sensitif dimintaApp tidak bertanya agama, IC atau alamat anak.
Untuk 50 keluarga pertama atau sehingga 31 Disember 2026, yang mana lebih awal. Kurang RM2 sebulan.
Harga biasa selepas promosi: RM40 setahun.
Ada soalan? Emel loganak.app@gmail.com
Maklumat hubungan akan dikemas kini.
Boleh. Setiap anak ada warna sendiri, jadi dalam kalendar dan timeline anda boleh nampak serta-merta rekod siapa.
Data disimpan dalam akaun keluarga anda, bukan dalam telefon. Log masuk di telefon baharu dan semua rekod serta gambar ada semula.
Boleh. Jemput pasangan dan anak dari Tetapan, tanpa caj tambahan. Pasangan boleh menambah dan mengemas kini rekod; anak hanya boleh melihat rekod dirinya, tanpa bayaran dan catatan.
Tidak. LogAnak dibuka dalam pelayar dan boleh ditambah ke skrin utama seperti app biasa.
Tekan "Langgan LogAnak", imbas kod QR DuitNow untuk membayar RM40, kemudian isi emel anda dan lampirkan resit. Kami sahkan bayaran dan daftarkan emel anda. Ada soalan? Emel loganak.app@gmail.com. Selepas itu log masuk dengan kod yang dihantar ke emel.
Ya. Semua rekod dan gambar disalin ke storan berasingan setiap minggu. Anda juga boleh mengeksport data keluarga anda sendiri bila-bila masa.
Data anda tidak dipadam. Anda masih boleh melihat dan mengeksport semua rekod; tambah dan edit dibuka semula selepas langganan diperbaharui.
Satu langganan untuk seisi keluarga. Mula dengan anak pertama dan jadual minggu ini; selebihnya boleh diisi sedikit demi sedikit.
Promosi perintis RM40 untuk 2 tahun · lihat harga